Dekad ini pelbagai jenis sistem komputer diperkenalankan bertujuan memudahkan urusan kerja seharian terutamanya yang melibatkan pengurusan yang kompleks dan banyak. Contohnya sistem pengurusan fail, sistem kemasukan pelajar ke IPT, sistem pengurusan inventori, sistem akaun pengguna, sistem pembayaran atas talian dan banyak lagi. Boleh dikatakan tanpa sistem komputer ini, sesuatu proses akan mengambil masa yang lama dan mengundang kepada lebih banyak human error.
Oleh yang demikian, para pelajar yang mengambil kursus ICT terutamanya perlulah memahirkan diri anda dalam pengaturcaraan, agar membolehkan kalian semua bersaing dalam pasaran kerja yang mencabar dan menjadi salah seorang dari pembangun perisian komputer. Tidak kira apa jua jenis bahasa pengaturcaraan yang digunakan daripada berstatus sumber terbuka seperti PHP, C++, java sehinggalah yang berstatus ENTERPRISE seperti VB, C#, J# dan banyak lagi di pasaran. Apa yang penting kemahiran yang jitu dalam sesuatu bahasa membolehkan anda menyelesaikan sesuatu permasalahan walau apa jua keadaan sekalipun.
Apa yang penting adalah LATIHAN-LATIHAN dan LATIHAN.
No comments:
Post a Comment